Bisakah aku mencintai Seorang
Yang tidak pernah ku bertemu dengannya
Tidak pernah ku tatap wajahnya
Belum pernah ku dengar suaranya
Tidak pernah ku renung matanya
Dan tidak pernah ku kucup tangannya
Sedangkan dia amat mencintaiku
Oh Tuhan
Hadirkanlah rasa cintaku kepadanya
Hadirkanlah rasa rinduku untuknya
Kerana kekuranganku ini
Tidak bisa untukku menyintainya..
Sukar untukku merinduinya..
Ya Allah
Amat sukar menggapai cintaMu
Kerana destinasi cintaMu
Dikaburi oleh dosa-dosaku yang menggunung tinggi
kerana itu jugalah
Aku tidak pernah mampu untuk mengabdikan cintaku kepadaMu
Sungguh aku hamba yg hina
Namun aku harus cuba
Sedaya upaya
Tanpa putus asa dan rasa jemu
Kerana Engkau adalah Penciptaku..Pelindungku..
Dan dia adalah KekasihMu..
Oh Tuhan
Bantulah aku untuk mencintaiMu
Dan mencintai RasulMu
Karuniakanlah aku cinta itu
Jadikanlah Cinta itu lebih aku dambakan
Dari dunia dan segala isinya
Jernihkanlah wadah hatiku Ya Allah
Dari segala noda dan nista yang berkalut
Aku mohon kepadaMu Ya Allah
Mohon dengan sangat..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Source: Dari Jeritan hatiku yg Pemiliknya adalah Sang yang Maha Agung..
Inspired by: Anasyid ketuhanan
Yang tidak pernah ku bertemu dengannya
Tidak pernah ku tatap wajahnya
Belum pernah ku dengar suaranya
Tidak pernah ku renung matanya
Dan tidak pernah ku kucup tangannya
Sedangkan dia amat mencintaiku
Oh Tuhan
Hadirkanlah rasa cintaku kepadanya
Hadirkanlah rasa rinduku untuknya
Kerana kekuranganku ini
Tidak bisa untukku menyintainya..
Sukar untukku merinduinya..
Ya Allah
Amat sukar menggapai cintaMu
Kerana destinasi cintaMu
Dikaburi oleh dosa-dosaku yang menggunung tinggi
kerana itu jugalah
Aku tidak pernah mampu untuk mengabdikan cintaku kepadaMu
Sungguh aku hamba yg hina
Namun aku harus cuba
Sedaya upaya
Tanpa putus asa dan rasa jemu
Kerana Engkau adalah Penciptaku..Pelindungku..
Dan dia adalah KekasihMu..
Oh Tuhan
Bantulah aku untuk mencintaiMu
Dan mencintai RasulMu
Karuniakanlah aku cinta itu
Jadikanlah Cinta itu lebih aku dambakan
Dari dunia dan segala isinya
Jernihkanlah wadah hatiku Ya Allah
Dari segala noda dan nista yang berkalut
Aku mohon kepadaMu Ya Allah
Mohon dengan sangat..
اللهم صل على سيدنا محمد وعلى آله وصحبه وسلم
Source: Dari Jeritan hatiku yg Pemiliknya adalah Sang yang Maha Agung..
Inspired by: Anasyid ketuhanan