KAdang2 aku terfikir ape yg aku buat ni betul atau salah? Kdg2 aku mempunyai keinginan yg mendalam utk melakarkan sesuatu tetapi aku mundur.. kadangkala aku diburu perasaan kesal yg amat sgt.. rasa benci akan sesuatu atau rasa cinta terhadap sesuatu.. semua perasaan ini membuatkan aku hilang pertimbangan.. hilang pedoman.. aku jadi kusut dlm kekalutan yg menghantui diriku.. Apakah yg harus aku lakukan...
Perasaan itu hadir tanpa dipaksa.. tetapi ia bisa dihakis n dicantas walaupun sukar.. terkadang perasaan yg dicantas itu semakin bertunas bukan semakin menghilang.. Tetapi aku terus cuba utk tidak melayani perasaan yg hadir dari nafsu.. Manakala cinta yg aku dambakan selama ini telah cuba ku tunas tidak lagi berbunga dek dosa2ku yg menggunung dan keikhlasanku yg tercemar..
Kenapa? Mengapa? Cinta itu belum lagi hadir dalam diriku? Cinta itu belum lagi berakar dan mekar dalam sanubariku? Telah ku cuba berkali2 dan ku gagal lagi.. Akan ku cuba utk tidak berputus asa.. Oh Tuhan, cintaMu yg aku dambakan.. Berikan lah aku cintaMu ya Allah!! Hadirkanlah rasa cintaku padaMu dan RasulMu walau setitik pun agar aku dapat pengabdikan cinta itu dan menikmati cinta dan Halawatul Iman.. Hapuskanlah segala rasa cinta yg tidak halal bagiku.. kerana aku adalah insan yg dhaif, hina dan sering terperangkap dalam jurang cinta nafsu yg mengecewakan.. Oh Tuhan.. peliharalah aku ya Allah!
Salahkah aku membenci sifat sesuatu kaum itu? bukan aku membenci mereka.. tapi sifat mereka.. kerana sifat mereka itu telah menghancurkan kasih sayang dan memutuskan persaudaraan.. ia juga telah menghapuskan pahala dan menambah dosa kerana bermegah2.. Ya Allah aku mohon kepadaMu, ampunilah aku, jauhkanlah aku dari sifat al wahhan! CINTA DUNIA DAN TAKUT MATI!! cinta kpd materi dan duniawi.. jadikanlah dunia ini jambatan utk keakhirat.. Amin ya rabbal alamin